Tuesday, October 28, 2008

Sape nak penukul!?

Assalamualaikum…
Politik wang..politik wang..lagi-lagi politik wang! Benda yang sama tapi kadang-kadang memang menarik untuk diperkatakan.Nak melantik pemimpin mana-mana pun tak lari dari politik wang.Nak melantik Imam masjid je yang tak payah nak politik wang.Yang peliknya,kita dapat bau je sesiapa yang mengamalkan benda ni.Waima bagi duit dalam kereta pun boleh jugak kantoi! Hahaha.Aku rasa dia tak dapat banyak masa tu kot.Tu yang hati panas je tu.
PENUKUL – nilah istilah yang paling popular masa kini tentang habuan yang diberi oleh si calon kepada perwakilan yang nak mengundi nanti.Kata orang,kalau nak kasi rumah tu kukuh,PENUKUL kene ketuk kuat sikit barulah tiang rumah ke,atap rumah boleh kukuh. Kalau mengidam nak buat rumah yang gah dan besar,takkan nak kasi pakai PENUKUL kecik..tak sempat siap,rumah dah roboh.Awak nak bertanding Ketua Pemuda ke, Ketua Bahagian ke,setakat bagi RM100 memang sampai bila-bila pun awak tak menang.Orang tetap ambik juga PENUKUL tu tapi takde harapan la untuk dipangkah masa pemilihan nanti.Lagi besar PENUKUL,lagi cerah harapan nak menang.2 penggal pegang jawatan, penggal ke-3 dia lupa nak bagi PENUKUL sebab dia ingat kedudukan dah kukuh, alih-alih..bammm! Jatuh pulak masa penggal ke-3.Sebab ape? Sebab tak bagi PENUKUL. Benda ni sentiasa terjadi sebab mentaliti perwakilan atau ahli-ahli dah di”set”kan macam tu,jadi apa yang aku nak cakap bahawasanya politik wang takkan dapat dihapus selagi permikiran kita tak diubah.
Masa pemilihan aku ada tanya beberapa perwakilan.Berdasarkan kempen-kempen daripada calon yang nak bertanding,visi dan wawasan serta halatuju parti selepas dorang berjaya dipilih,yang mana satu calon sesuai yang nak dipangkah? Jawapan dia seperti yang dijangka..”tengok la..siapa yang kasi PENUKUL lebih,pangkah la..” Tahun ni lagi teruk sebab pemilihan parti peringkat bahagian bermula selepas hari raya,maknanya DUIT RAYA.Siapa taknak duit raya? Tu bukan PENUKUL kan..tu DUIT RAYA. Hehehe…PENUKUL ni dah jadi satu tradisi jadi memang susah nak dibendung lagi. Panggil la BPR sekalipun dorang ni bukan takut.Dorang ni pandai-pandai belaka.Mintak maaf cakap la kan,orang melayu ni memang mudah dibeli.
Satu cawangan ada 3-4 perwakilan ke bahagian.Sorang dapat RM400 pun dah cukup. Kalikan dengan 4 maknanya satu cawangan dia labur RM1600. Satu bahagian pulak ada 40-50 cawangan.Kalikan ngan 1600.RM80 ribu je nak beli satu bahagian.Tu anggaran PENUKUL kecik je tu.Ha… ni kalau tau dek amerika ni,dia sponsor 50-60 juta,makokan tergadailah Malaysia.Murah kan?
Duhai saudara-saudaraku,jagalah maruah bangsa kita.Pilihlah pemimpin yang betul-betul dapat memimpin bangsa dan negara.Takkan kayanya setakat dapat 2-3 ribu tu,tu pun dapat 3-4 tahun sekali je.Nak kaya, kerja la rajin-rajin.Mentaliti tu ubahlah.Kita ni nak pilih pemimpin,bukan nak pilih kain baju.

Monday, October 27, 2008

Harimau Malaya mengaum!!!

Assalamualaikum..
Pestabola Merdeka 2008 baru saja tamat dan kita pun dah tau siapa yang juara. Malang sekali,piala kali ini terlepas kepada pasukan Vietnam. Walaupun bermula dengan begitu gah sekali dalam peringkat kumpulan dan seterusnya ke separuh akhir,namun nasib kali ini tidak memihak kepada Harimau Malaya. Amat mengkagumkan sekali pertahanan pasukan Vietnam pada final malam tu,ataupun memang serangan Malaysia tumpul?
Tapi pada hakikatnya memang dah sah-sah kelakuan pemain-pemain Vietnam amat memalukan.Melengah-lengahkan masa perlawanan! Pengadil pada malam tu memang berat sebelah.Sentuhan manja dari pemain-pemain Malaysia pun boleh buat pemain Vietnam tersungkur macam kene langgar lori.Berguling-guling atas padang. Sekali kena sentuhan manja, 5 minit digunakan pemain Vietnam untuk menerima rawatan di padang. Amat-amat memalukan!Pengadil pun nampak merelakan je..Lepas ni kalau boleh,tak payah lagi la panggil pasukan camni datang main bola.Biasa la,pasukan jiran la katakan.Jiran ni memang la bagus tapi kadang-kadang boleh merebahkan kita jugak.Lepas ni,panggil je team-team dari Afrika tu.Setakat nak menyokong, berlambak budak-budak afrika kat Malaysia ni.Dorang boleh je datang penuhkan stadium.
Apapun,pujian harus diberikan untuk Malaysia kerana berjaya bermain “Bolasepak” dengan amat baik sekali.Dah lama peminat tunggu persembahan yang macam ni.Pemain-pemain kita ni masih boleh diharap lagi.Nama-nama seperti Indraputra,Hafiz Zamani, Shukor Adan mahupun Akmal Rizal (sekalipun tak terpilih) masih lagi diharapkan untuk memartabatkan kembali pasukan kita.Kyrill ngan Amirulhadi pun bagus pe..Tak payah la nak tatang sangat player kat Le Harve tu.Kalau komitmen lebih pada kelab,biarkanlah..lagipun budak-budak program tv soccer stars dulu kan banyak? Ambik la dorang bawak training.
Malaysia masih boleh maju.Buktikan pada Piala AFF hujung tahun ni! Viva MALAYSIA!!

Sunday, October 19, 2008

Dulu,kini dan selamanya...

Assalamualaikum...
Pertamanya syukur aku kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya dapat jugak aku buat satu blogsite untuk aku luahkan ape yang aku nak luahkan tak kiralah hal-hal ape pun.Blog ni pun buleh gak dikatakan wadah untuk seseorang menyampaikan sesuatu hasrat,pandangan ataupun teguran mahupun kritikan terhadap sesuatu ataupun kepada individu..(rasa-rasa aku laa..) mintak maaf kalau definasi aku tentang blog ni tak betul.Orang baru nak belajar berjinak-jinak ngan penulisan ni.Harap paham-paham jelah.
Jadi untuk permulaannya ini anggaplah satu mukaddimah je dari aku untuk sahabat-sahabat semua.Orang kata tu, SALAM PERKENALAN dari aku untuk anda semua para penggemar blog. Aku nak komen,nak kritik dan nak bagi macam-macam la pandangan aku,cadangan aku atau ape je yang berkaitan dalam negara ni.Selagi buleh aku kritik,aku kritik..tapi jangan sampai kene ISA dah la..(mintak maap DS Syed Hamid..) Blog ni buleh jadi bahaya jugak..ade kes brader..ade kes..hehehehe!
Ok,setakat ni dulu mukadimah aku untuk kali ni.Kalau ada terkasar bahasa,salah dan silap harap dimaafkan.(sempena hari raya ni..) Wassalam..