Tuesday, October 28, 2008

Sape nak penukul!?

Assalamualaikum…
Politik wang..politik wang..lagi-lagi politik wang! Benda yang sama tapi kadang-kadang memang menarik untuk diperkatakan.Nak melantik pemimpin mana-mana pun tak lari dari politik wang.Nak melantik Imam masjid je yang tak payah nak politik wang.Yang peliknya,kita dapat bau je sesiapa yang mengamalkan benda ni.Waima bagi duit dalam kereta pun boleh jugak kantoi! Hahaha.Aku rasa dia tak dapat banyak masa tu kot.Tu yang hati panas je tu.
PENUKUL – nilah istilah yang paling popular masa kini tentang habuan yang diberi oleh si calon kepada perwakilan yang nak mengundi nanti.Kata orang,kalau nak kasi rumah tu kukuh,PENUKUL kene ketuk kuat sikit barulah tiang rumah ke,atap rumah boleh kukuh. Kalau mengidam nak buat rumah yang gah dan besar,takkan nak kasi pakai PENUKUL kecik..tak sempat siap,rumah dah roboh.Awak nak bertanding Ketua Pemuda ke, Ketua Bahagian ke,setakat bagi RM100 memang sampai bila-bila pun awak tak menang.Orang tetap ambik juga PENUKUL tu tapi takde harapan la untuk dipangkah masa pemilihan nanti.Lagi besar PENUKUL,lagi cerah harapan nak menang.2 penggal pegang jawatan, penggal ke-3 dia lupa nak bagi PENUKUL sebab dia ingat kedudukan dah kukuh, alih-alih..bammm! Jatuh pulak masa penggal ke-3.Sebab ape? Sebab tak bagi PENUKUL. Benda ni sentiasa terjadi sebab mentaliti perwakilan atau ahli-ahli dah di”set”kan macam tu,jadi apa yang aku nak cakap bahawasanya politik wang takkan dapat dihapus selagi permikiran kita tak diubah.
Masa pemilihan aku ada tanya beberapa perwakilan.Berdasarkan kempen-kempen daripada calon yang nak bertanding,visi dan wawasan serta halatuju parti selepas dorang berjaya dipilih,yang mana satu calon sesuai yang nak dipangkah? Jawapan dia seperti yang dijangka..”tengok la..siapa yang kasi PENUKUL lebih,pangkah la..” Tahun ni lagi teruk sebab pemilihan parti peringkat bahagian bermula selepas hari raya,maknanya DUIT RAYA.Siapa taknak duit raya? Tu bukan PENUKUL kan..tu DUIT RAYA. Hehehe…PENUKUL ni dah jadi satu tradisi jadi memang susah nak dibendung lagi. Panggil la BPR sekalipun dorang ni bukan takut.Dorang ni pandai-pandai belaka.Mintak maaf cakap la kan,orang melayu ni memang mudah dibeli.
Satu cawangan ada 3-4 perwakilan ke bahagian.Sorang dapat RM400 pun dah cukup. Kalikan dengan 4 maknanya satu cawangan dia labur RM1600. Satu bahagian pulak ada 40-50 cawangan.Kalikan ngan 1600.RM80 ribu je nak beli satu bahagian.Tu anggaran PENUKUL kecik je tu.Ha… ni kalau tau dek amerika ni,dia sponsor 50-60 juta,makokan tergadailah Malaysia.Murah kan?
Duhai saudara-saudaraku,jagalah maruah bangsa kita.Pilihlah pemimpin yang betul-betul dapat memimpin bangsa dan negara.Takkan kayanya setakat dapat 2-3 ribu tu,tu pun dapat 3-4 tahun sekali je.Nak kaya, kerja la rajin-rajin.Mentaliti tu ubahlah.Kita ni nak pilih pemimpin,bukan nak pilih kain baju.

2 comments:

Mrkolumpo said...

dah terang lagi bersuluh...yang lagi mau join itu geng apa pasat kawan???haiya..tarak lihai lah ini macam kehkehkeh

Lihai said...

gua sapu je...hahahaha