Monday, October 27, 2008

Harimau Malaya mengaum!!!

Assalamualaikum..
Pestabola Merdeka 2008 baru saja tamat dan kita pun dah tau siapa yang juara. Malang sekali,piala kali ini terlepas kepada pasukan Vietnam. Walaupun bermula dengan begitu gah sekali dalam peringkat kumpulan dan seterusnya ke separuh akhir,namun nasib kali ini tidak memihak kepada Harimau Malaya. Amat mengkagumkan sekali pertahanan pasukan Vietnam pada final malam tu,ataupun memang serangan Malaysia tumpul?
Tapi pada hakikatnya memang dah sah-sah kelakuan pemain-pemain Vietnam amat memalukan.Melengah-lengahkan masa perlawanan! Pengadil pada malam tu memang berat sebelah.Sentuhan manja dari pemain-pemain Malaysia pun boleh buat pemain Vietnam tersungkur macam kene langgar lori.Berguling-guling atas padang. Sekali kena sentuhan manja, 5 minit digunakan pemain Vietnam untuk menerima rawatan di padang. Amat-amat memalukan!Pengadil pun nampak merelakan je..Lepas ni kalau boleh,tak payah lagi la panggil pasukan camni datang main bola.Biasa la,pasukan jiran la katakan.Jiran ni memang la bagus tapi kadang-kadang boleh merebahkan kita jugak.Lepas ni,panggil je team-team dari Afrika tu.Setakat nak menyokong, berlambak budak-budak afrika kat Malaysia ni.Dorang boleh je datang penuhkan stadium.
Apapun,pujian harus diberikan untuk Malaysia kerana berjaya bermain “Bolasepak” dengan amat baik sekali.Dah lama peminat tunggu persembahan yang macam ni.Pemain-pemain kita ni masih boleh diharap lagi.Nama-nama seperti Indraputra,Hafiz Zamani, Shukor Adan mahupun Akmal Rizal (sekalipun tak terpilih) masih lagi diharapkan untuk memartabatkan kembali pasukan kita.Kyrill ngan Amirulhadi pun bagus pe..Tak payah la nak tatang sangat player kat Le Harve tu.Kalau komitmen lebih pada kelab,biarkanlah..lagipun budak-budak program tv soccer stars dulu kan banyak? Ambik la dorang bawak training.
Malaysia masih boleh maju.Buktikan pada Piala AFF hujung tahun ni! Viva MALAYSIA!!

No comments: